DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai
individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan
kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang
ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerj berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu seriusdalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan
kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak
mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamuitu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat
bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana
terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang
terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih
selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah
individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa
jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu
lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah
individu yang kreatif dan fleksibel, mudahbagi diri kamu untuk
meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun
ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta
bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan
sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus
ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara
bersendirian
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri

0 comments:
Post a Comment