DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai
individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan
kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang
ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerj berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu seriusdalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan
kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak
mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu.Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamuitu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.
Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat
bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana
terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang
terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih
selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah
individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa
jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu
lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah
individu yang kreatif dan fleksibel, mudahbagi diri kamu untuk
meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok
golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun
ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta
bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan
sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus
ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara
bersendirian
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri
Sunday, February 5, 2012
LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK
Setiap manusia menginginkan pasangan yang baik dalam kehidupan ini.Justeru itulah,fenomena dalam masyarakat kita memperlihatkan kebanyakan wanita atau lelaki baik akan berumahtangga dengan pasangan yang baik juga dalam kehidupan mereka. Perkahwinan antara wanita atau lelaki baik dengan pasangan baik dikira sebagai sesuatu yang wajar dan amat bertepatan dengan keadaan kerana seseorang yang baik sudah sepatutnya berpasangan dengan yang baik juga.Jika diQiaskan kepada rupa,ia boleh diibaratkan sebagai "pertemuan bagai pinang yang dibelah dua." Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Bagaimanapun,fenomena dalam masyarakat kita juga memperlihatkan, sesetengah manusia baik sama ada wanita atau lelaki tidak pula bertemu jodoh dengan pasangan yang baik.Disebabkan keadaan itu,rumahtangga mereka juga sering kelihatan tidak bahagia dan sesetengahnya turut musnah.Kenapa kejadian seperti itu berlaku? Sedangkan di dalam Surah an-Nur; ayat 26, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,
"Wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk wanita baik."
Pada sesetengah pihak,ayat 26 dalam Surah an-Nur itu difahamkan sebagai janji Allah kepada setiap hambaNya yang akan menjodohkan seseorang yang baik dengan pasangan yang baik juga. Sedangkan pada dasar dan hakikatnya,malahan dalam sebarang keadaan, tempat dan masa,Allah s.w.t. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya kepada setiap hambaNya.
Dengan kewujudan perkahwinan seseorang yang baik sama ada wanita atau lelaki dengan pasangan yang tidak baik,sesetengah pihak turut bertanya,apakah pula hikmah yang terselit di sebalik ketentuan Allah terhadap jodoh seseorang yang baik dengan yang tidak baik itu?
Yang sebenarnya ayat tersebut bukanlah menyentuh Qada dan Qadar Allah terhadap jodoh seseorang.Dengan kata lain,Ia juga bukanlah merupakan janji Allah kepada manusia baik yang akan dijodohkan dengan pasangan yang baik.Sebaliknya,ayat berkenaan merupakan peringatan Allah kepada setiap hambaNya atau kepada umat Islam agar memilih manusia yang baik untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.Untuk memahami ayat tersebut dengan mendalam,setiap umat Islam perlu mengetahui sebab-sebab atau latar belakang penurunan ayat berkenaan oleh Allah s.w.t. Ayat itu sebenarnya diturunkan oleh Allah ekoran terdapat tuduhan atau fitnah terhadap isteri Rasulullah,Siti Aisyah yang kononnya melakukan perbuatan jahat dengan seorang lelaki.
Ekoran fitnah itu,ada umat Islam yang mempercayainya.Sedangkan yang sebenarnya,Siti Aisyah itu wanita yang amat baik dan amat suci yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian, malahan tidak pernah sedikitpun pun terniat melakukannya.Disebabkan peristiwa itulah,Allah
s.w.t. menurunkan ayat itu.Ia merupakan penjelasan Allah mengenai kedudukan sebenarnya mengenal fitnah itu yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Selanjutnya setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:
"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."
Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu,dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.
Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik.
Sebaliknya ia telah menjadi umum.Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu,
Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula,Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik,tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik.Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik
pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.
Dalam Islam,seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu,untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan.Ini adalah dakwah.
Dalam Islam,kalau seseorang tu telah bertaubat,kita disuruh menerima orang yang sudah bertaubat itu.Kalau tidak,berdosa.Sebab dalam Islam,orang yang sudah bertaubat itu dikira sudah bersih.Tetapi terdapat juga kejadian di mana masyarakat tidak menerima orang yang telah bertaubat.
Inilah silapnya sesetengah anggota masyarakat kita.Orang yang sudah bertaubat pun dikatakan masih jahat juga.Banduan-banduan yang sudah keluar dan penjara yang sudah bertaubat itu sepatut diterima baik oleh masyarakat.Bohsia dan bohjan,penagih dadah dan sesiapa sahaja yang bersalah dan kemudian yang sudah bertaubat sepatutnya kita terima mereka dan didik mereka ke arah Islam.Tetapi sesetengah anggota
masyarakat kita tidak juga mahu menerimanya.Akibatnya,ia mendatangkan kesan buruk pula kepada orang berkenaan dan kepada masyarakat.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang apabila berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya,(kemudian) mereka ingat akan Allah,lalu mereka meminta ampun atas dosanya.Dan tiadalah yang mengampunkan kecuali Allah.Mereka tiada berkekalan di atas dosanya itu sedang mereka mengetahui."
( Ali Imran : 135 )
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan dirinya." ( Al BaQarah : 222 )

TAUBAT & RUKUNNYA
Sabda Nabi s.a.w. lagi,"Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya."
[ Hadis ini diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.Nabi mengatakan bahwa ALLAH bersedia menerima taubat manusia,tetapi ALLAH meletakkan syarat; iaitu selagi mana roh tak sampai di halkum.Pasai tu lah ALLAH tak terima taubat Firaun,yang last second baru dia sebut dia beriman dengan Tuhan Musa.Jadi,dia tidak menepati syarat yang Tuhan tentukan.Lagi pun,sebelum ditenggelami laut,kata-kata Firaun untuk beriman dengan ALLAH bukanlah daripada hati kecilnya,tetapi kerana dia tersepit.Begitu jugalah sekiranya seseorang yang meninggalkan dosanya kerana bala yang ALLAH bagi dekat dia,maka itu bukan dikira taubat,malah dosanya tetap dikira.Sebagai contoh; ada seorang kaki arak,tiba-tiba Tuhan bagi dia kena sakit jantung.Lalu semenjak kena sakit jantung tu,dia tak pernah pi dah ke kedai-kedai arak ni lagi.Dia kata,"Aku tobat dah sejak kena sakit jantung ni.Aku tak sentuh dah binatang ni." Dengan kenyataannya itu,adakah dia dianggap sebagai seorang yang bertaubat?...
Jawapannya,dia tidak dianggap bertaubat dan dia tetap dapat dosa minum arak; kerana dia berhenti minum arak bukan kerana takut dekat
ALLAH,tapi takut mati kerana sakit jantung.Orang macam ni,kalau dia baik daripada sakit,dia nanti pi balaih balik arak. ]
Dan sabda Nabi s.a.w.,"Barang siapa taubat ia sebelum naik matahari daripada tempat lenyapnya,nescaya menerima ALLAH akan taubat dia."
[ Ayat ini memberitahu tentang syarat-syarat taubat.Syarat yang pertama iaitu pastikan kita bertaubat sebelum roh sampai ke halkum,dan yang kedua pastikan kita bertaubat sebelum matahari naik dari sebelah barat.Kalau mai saja kedua-dua waktu yang disebutkan ini,maka tak guna lagi untuk kita menyesal dan menangis sampai berguling-guling atas lantai serupa gambaq hindu kerana ALLAH tak akan terima dah taubat ketika itu. ]
Ketahui olehmu bahwasanya makna 'taubat' pada bahasa,yakni kembali ataupun pulang.
[ Memang kita semua sekali ni,akan pulang kepada ALLAH akhirnya.Inna lillahi wa inna ilai hi ro ji `un.Tak kiralah,kita sapa ka,suka ka,tak suka ka; kita semua akan pakai kain putih.Oleh sebab itu,pastikan apa pun kerja yang kita buat di dunia ni,halakan kepada ALLAH AZZAWAJALLA. ]
Dan pada syarak barang yang berhimpun padanya 3 rukun.
[ Dalam hadisnya,Nabi s.a.w. telah menyenaraikan 8 tanda taubat yang diterima ALLAH.Kerana bukan semua orang ALLAH terima taubat depa.Eg,dalam bulan Ramadan yang baru lalu,ada orang buat qiamullail pada 10 malam terakhir; menangis ni kira sungguh-sungguh punya menangis,bukan buat-buat punya (buat-buat pun ada juga,tapi yang tu bila dia nak kalah); tapi setelah berlalunya Ramadan,dia dok macam tu juga,yakni tak dak apa-apa perubahan pun.Ini makna kata ALLAH terima ibadatnya lagi; yang ni cukup punya malang lah tuan-tuan (ALLAH Maha Mengetahui). ]
3 rukun itu ialah :
(i) menyesal atas mengerjakan maksiat kerana ALLAH.
[ Sebenarnya kesalan yang jujur adalah kurniaan daripada ALLAH SWT.Bukan semua orang dapat; misalannya,apabila kita duduk saja-saja dengan
kawan-kawan,kemudian kita sembang pula tentang dosa-dosa masa lampau kepada ALLAH,maka berlinanganlah airmata kesalan.Tetapi bila kita dok
sorang-sorang,benda tu tak boleh kita nak praktik pula,maka maknanya kita masih menghadapi masalah dari segi nak latih hati.Bukan pasai apa tuan-tuan,orang-orang yang telah beriman,mereka ni memang tak pernah senang dengan dosa masa lampau.Kerana orang-orang yang pernah buat dosa,hati
mereka ni seolah-olah seperti dok ada dalam penjara/seolah-olah ditusuk paku/seolah-olah sepertidihiris pisau dan tak tau lah lagi macamana nak habaq tentang hati yang terasa ni.Tapi sapa yang kena,dia nanti tau macamana perasaan tu. ]
Maka tiada sah taubat mereka yang tiada sesal atau menyesal tidak kerana ALLAH seperti menyesal ia kerana bala yang turun atasnya disebabkan maksiat itu.
[ Bila Tuhan bagi satu bala dekat dia,kemudian baru dia menyesal; maka kesalan ini tidak sah kerana dia menyesal bukan kerana ALLAH,tapi dia menyesal kerana Tuhan bagi bala. ]
(ii) meninggalkan akan maksiat yang taubat ia daripadanya,maka tiada sah taubat mereka yang meninggal ia akan maksiat atau taubat ia daripada
maksiat.
[ Syarat yang kedua ialah kita mesti tinggalkan maksiat.Tapi ALLAH bagi tau bahwa cukup susah untuk seseorang bagi meninggalkan
maksiat.Sepertimana ALLAH sebut dalam hadis Qudsi,"Mudah sahaja bagi manusia untuk lari daripada api yang berada di depannya; begitu juga mudah bagi manusia untuk lari daripada binatang buas; tapi untuk lari daripada dosa bukanlah mudah bagi manusia." Oleh sebab inilah,maka ALLAH
kesian dekat manusia,lalu disyariatNya taubat kepada kita. ]
Tidak sah bagi orang yang mengatakan dia taubat tapi masih tidak meninggalkan maksiat.Sepertimana sabda Nabi s.a.w.,"Sapa-sapa yang mengaku bertaubat tapi pakaiannya tidak berubah dan perhiasan dirinya juga tidak berubah; maka ini bukanlah orang yang bertaubat."
(iii) mencita-cita ia ketiadaan kembali kepada umpama maksiat yang taubat ia daripadanya; maka tiada sah taubat mereka yang tiada mencita-cita akan ketiadaan kembali kepada umpama maksiat itu.
[ Maknanya kita kena berazam untuk tidak kembali melakukan maksiat.Kepada siapa yang bertaubat tapi dalam hatinya masih ada lintasan yang seronok dengan maksiat,maka dia tidak dinamakan sebagai orang yang bertaubat.Eg,apabila kita tanya,"Hang la ni apa macam?"...Dia kata,"La ni nampak ok la,tapi masa akan datang tak tau la pulak macamana." Kenyataan seperti ini,bukanlah kenyataan daripada seorang yang nak bertaubat.Tapi kalau dia kata,"Aku dah bertaubat pada ALLAH dan aku berazam sungguh-sungguh; sekiranya sapa ka mai layok maksiat macamana sekali pun,Insya`ALLAH,aku tidak akan terlibat lagi dengan maksiat." Ini barulah contoh kenyataan yang berupa keazaman untuk meninggalkan segala maksiat. ]
Ini jika maksiat itu tiada meninggalkan fardu dan tiada bergantung dengan manusia.Ada pun jika ada dosanya itu meninggalkan umpama fardu sembahyang,maka wajib atasnya mengqada segala fardu yang luput itu.
[ Kalau dosa kita melibatkan benda yang fardu kita tak buat,maka kita kena qada balik ibadat-ibadat tu.Ini menunjukkan akan kesungguhan kita untuk bertaubat.Kalau kita belum qada lagi,ini bermakna salah satu syarat daripada taubat tercicir dalam hidup kita. ]
Dan jika ada maksiat itu bergantung dengan manusia seperti mencuri harta orang,maka disyaratkan memulangkan ia akan harta itu atau ganti kepada
empunya nya.Kalau tak boleh ganti,kita kena minta halal ia daripadanya dengan tamsil dengan mazhab kita Syafi`i.
[ Dalam mazhab Imam Syafi`i,kalau kita dah terambil hak orang,maka kita sendiri yang kena pi mintak halal secara terperinci,i.e. bila/benda apa yang kita ambil/tempat kejadian.Oleh sebab itu,kalau kita mengikut mazhab Syafi`i,ini bermakna minta halal melalui kad raya adalah tidak boleh.Kerana melalui kad,kita mengguna kaedah ijmali iaitu meminta maaf zahir/batin dicampur sekali dan meminta halal pula tanpa terperinci. ]
Bersalahan pada mazhab Imam Malik,memada minta halal dengan ijmali.
[ Kalau mengikut Imam Malik,takpa kita minta halal secara kad raya.Oleh itu,semasa kita menulis kad raya,hendaklah kita bertaqlik pada mazhab Imam Malik.]
Dan ada padanya keluasan.Dan jika tiada kuasa ia memulangkannya,maka tiada menghalal oleh yang empunya nya,maka hendaklah bersungguh-sungguh ia pada mengikhlaskan taubatnya dan memohon akan ALLAH TA`ALA mudah-mudahan menjadikan ia akan empunya harta itu redha pada hari qiamat.
[ Kalau kita tak mampu nak ganti balik harta orang yang kita ambil,maka terpaksalah kita pi jumpa tuan harta tu dan minta halalkannya.Tapi kalau tuan harta tu tak mau menghalalkannya,maka kenalah kita mengikhlaskan taubat dan berdoa ke hadrat ALLAH supaya moga-moga dihalalkan oleh tuan harta itu di akhirat kelak.Tengok la tuan-tuan,betapa lecehnya bila kitaada sangkut dengan harta benda orang. ]
Dan setengah daripada syarat taubat itu keadaan sampai roh kepada halkum.Ketiadaan sampai roh kepada halkum dan ketiadaan naik matahari daripada sebelah barat seperti yang tersebut dalam 2 hadis yang lalu.Dan apabila sempurna segala syarat dan rukun-rukun itu,maka sah ia dan tak dapat tiada daripada diterima akan dia.
[ Tuhan cukup suka kepada orang yang bertaubat,dengan syarat kita dapat memenuhi tingkatan-tingkatan tadi. ]
Dan bermula doa dengan menerima taubat seperti "Allahumma takabbal taubati",yang bermaksud,"Ya ALLAH,terimalah oleh Mu akan taubat aku."
[ Mau berdoa tiap-tiap hari yakni selepas setiap kali sembahyang fardu/sunat. ]
Dan adalah ia kerana ketiadaan diyakin akan cukup segala syarat.
[ Dalam masalah taubat ni,kita kena ada 2 benda : iaitu takut dan berharap.Bila kita buat ibadat apa pun,kedua-dua benda ni mesti mau ada.Kita takut kalau-kalau Tuhan tolak taubat kita.Dan berharap Tuhan terima taubat kita.Dalam ibadat,kita kena bawa 2 sifat ni supaya Tuhan terima seluruh amal ibadat kita. ]

EMPAT JENIS MANUSIA...
1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali; "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".
2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.
4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Saturday, February 4, 2012
22 TANDA HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana
yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

JAWAPAN KEPADA SOALAN HATI
- KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
- KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
- Surah Al-Baqarah ayat 216 -
- KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
- Surah Al-Baqarah ayat 286 -
- RASA FRUST?
Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139 -
- BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200 -
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
- Surah Al-Baqarah ayat 45 -
- APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....
-Surah At-Taubah ayat 111-
- KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
- Surah At-Taubah ayat 129 -
- AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.
- Surah Yusuf ayat 12 -
LAWAK TELEFON
""Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah...dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).
1. Soalan: haloo, may i speak to ina please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo ina, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betulle tu.
12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)
Subscribe to:
Posts (Atom)